KUALA LUMPUR, 28 JUN: Umpama “rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali” - demikian menggambarkan perkhabaran yang disampaikan kerajaan dua hari lepas mengenai kebenaran spa dan pusat refleksologi beroperasi kembali bermula 1 Julai ini bagi kira-kira 3,000 juruterapi kurang upaya penglihatan di negara ini.